New Page 1

 

 


Selamat datang ke laman web JAMIS UPM
Laman yang membongkar rahsia dunia mahasiswa

          Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM > Laman Presiden

 

 

Friday, January 05, 2007

Perutusan Presiden JAMIS UPM

Musyawarah merupakan satu mekanisme yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dalam mengambil sesuatu keputusan berkenaan hal-hal bersangkutan kepentingan bersama umat Islam pada masa itu. Musyawarah adalah penting bagi mengukur sejauh mana anggota masyarakat dilibatkan di dalam urusan kenegaraan. Rasulullah s.a.w. telah membudayakan amalan bermusyawarah ini bersama-sama para sahabat.

Contohnya ketika menjelang pertempuran Badar, Rasulullah s.a.w. telah memutuskan lokasi bagi pasukan Islam iaitu suatu tempat berdekatan mata air. Kemudian datang seorang Ansar bernama Hubab bin Mudhir mengadap baginda s.a.w. sendiri lalu bertanya tentang keputusan baginda s.a.w. itu sama ada keputusan tersebut atas petunjuk Allah yang tidak dapat diubah lagi atau keputusan baginda s.a.w. sendiri yang diambil dari pemikiran strategi perang biasa. Nabi s.a.w. menjawab bahawa keputusan itu adalah semata-mata perhitungan peribadi baginda s.a.w. dan tidak atas petunjuk Allah S.W.T. “ Kalau demikian halnya,” kata Hubab, “ Wahai Rasulullah, tempat ini kurang tapat.

Sebaik-baiknya kita maju sedikit ke mata air yang paling depan. Kita bawa bekas untuk mengisi air, kemudian kita tutup mata air itu dengan pasir. Sekiranya kita terpaksa berundur, kita masih dapat minum, sedangkan musuh tidak”. Nabi s.a.w. menerima baik saranan hubab itu lalu pasukan Islam berpindah ke lokasi yang dicadangkan oleh Hubab.

Mencanangkan kemajuan ummah bermula dari perancangan. Kemudian susulan tindakan secara bersama perlu dipikul oleh semua pihak yang terlibat dalam jemaah. Aspek pemantauan dan penerusan kegemilangan merupakan perkara akhir yang amat penting untuk kelestarian.

Memandangkan jemaah di dalam mana-mana pertubuhan di UPM ini bersangkut paut kepada sistem demokrasi, musyawarah tidak harus diketepikan dari amalan kepimpinan. Melihat kembali kepada generasi pemimpin mahasiswa terdahulu, mereka amat mementingkan kesepakatan dan bukannya dengan egoism. Maka, perlunya pemimpin-pemimpin mahasiswa kini, me’muhasabah’kan diri dan mencari apakah yang perlu disumbangkan, bukanlah mencari apakah kepentingan peribadi yang akan diperolehi.

Berundur bukan beerti kalah. Ada ketikanya, mahasiswa perlu mengorak langkah sedikit ke belakang, kerana jurang yang lebar, memerlukan kita berundur sedikit ke belakang, lalu mengambil janaan tenaga yang kuat untuk melompat lebih jauh ke hadapan.

Saya selaku Presiden JAMIS UPM bagi Sesi 2006-2007 ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa UPM khususnya, jika ada kesilapan yang tidak disengajakan dari pihak kami, dan segala aspek yang dapat meningkatkan kebajikan mahasiswa, perlulah dihargai sepenuhnya.

Saya menyeru agar kepimpinan JAMIS UPM selepas ini akan mendapat sokongan yang padu dari semua mahasiswa UPM dan semoga kepimpinan mendatang dapat membina ukhwah yang murni melalui semangat musyawarah, agar misi kebajikan mahasiswa UPM terurus dan terbela.


Wassalam.
6 Januari 2007.

Friday, November 17, 2006

IFC ancaman dari Dajjal?

Mahasiswa Muslimin Muslimat sekalian,

Kita digemparkan dengan isu murtad yang sudah lama berlaku di Malaysia. Kini isu ini terungkai kembali apabila sebaran SMS dilakukan oleh pihak tertentu yang menghidupkan isu murtad di beberapa buah gereja di Malaysia.

Tidak kurang itu juga, khabar angin yang mengatakan adanya penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara-Agama) akan ditubuhkan oleh pihak yang tertentu, yang ingin menhancurkan umat Islam di Malaysia ini.

Alam dunia ini tidak kekal. Kiamat sudah dekat. Kita seharusnya sedar dan meyakini bahawa agama langit yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah agama yang sebenar-benarnya yang mesti kita tegakkan kerana dengan mempercayai dan mengamalkan ajaran Islam, manusia akan terlepas dari seksa dan azab di akhirat kelak. Agama Islam adalah agama suci kita, dan meyakini bahawa Allah S.W.T. adalah Maha Pencipta, lagi Maha Mengasihani.

Janganlah kita terlalai dan terleka dengan setiap daripada tindakan kita yang mungkin akan membawa kita ke arah yang sesat. Ingatlah bahawa alam fana ini tidak kekal, beribadat dan beramallah selagi nyawa dikandung badan. Kewajipan utama seseorang mahasiswa Islam adalah menjaga dan mempertahankan kesucian agama dari pelbagai sudut. Marilah kita membela agama suci ini.

Thursday, October 19, 2006

GAMIS dan Kampus Negara memalukan idealisme mahasiswa.

Terserah kepada para mahasiswa Malaysia sekalian untuk membuat analisis.

Yang pastinya, pihak Kampus Negara (KN) dengan beraninya mendedahkan latarbelakang JAMIS UPM yang direka-reka. Tiada bukti kukuh, malah mencaci JAMIS UPM.

Dakwaan mereka dalam artikel bertajuk; ANTARA PERJUANGAN GAMIS DAN KEWUJUDAN JAMIS mendedahkan seperti berikut;


Pertubuhan.
GAMIS - Singkatan kepada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (BENAR)
JAMIS - Singkatan kepada Jaringan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (BENAR)

Keanggotaan:
GAMIS - Sebuah pertubuhan yang sah apabila disertai oleh Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam yang berdaftar di seluruh IPTA (BENAR - PMI berdaftar, bagaimana pula GAMIS? Berdaftar atau tidak? Sila jawab jika berani.)
JAMIS - Tidak diketahui tentang sumber keahliannya malah diyakini hanya sebagai sebuah forum yang hanya bersifat maya. (BENAR - kerana agenda politik kampus yang sengaja dirahsiakan agar mahasiswa yang berminat menyertai pertubuhan JAMIS UPM tidak gentar terlibat secara virtual)

Pergerakan:
GAMIS - Bergerak aktif diperingkat Nasional dalam memperjuangkan isu-isu pelajar, kemiskinan rakyat, agama dan internasional (MUNGKIN BENAR)
JAMIS - Dilihat hanya bergerak di kampus tertentu shj seperti UPM. (KURANG TEPAT - andai kata kami ada mengupah wartawan di setiap IPTA, apa pula kata GAMIS nanti? Tentunya cemburu.)

Modus Operandi:
GAMIS - Sebuah badan gabungan mahasiswa yang bersifat independent dalam memperjuangkan isu-isu pelajar dan negara sesuai dengan entiti mahasiswa sebagai ‘agent of change’disamping optimis mengadakan kerjasama dengan mana-mana persatuan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun agensi kerajaan. (SANGAT BENAR -GAMIS dilihat sudi bersekongkol dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut, sayangnya, bergabung dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia yang mana tiap-tiap pertubuhan ada agenda tersendiri, dan tidak tetap matlamat yang sehala yang ingin dituju.)
JAMIS - Sebuah badan yang dependent kerana terikat dengan pandangan dan keputusan rasmi TNC dan juga kerajaan. Jika dilihat dari segi penulisan di web blog rasminya, seolah-olah sinonim dengan gaya penulisan laman web idealis-mahasiswa (IM) kerana begitu ghairah membuat fitnah dan tuduhan yang tidak berfakta. (SANGAT TIDAK TEPAT malah FITNAH- MasyaAllah...tuduhan liar ini amat berat dosanya, lebih dahsyat dari membunuh. Pihak GAMIS dan KN, sila nyatakan bukti kukuh bahawa JAMIS UPM 'dependent' dengan TNC, laman web idealis-mahasiswa atau kerajaan. GAMIS atau KN berani mahu tunjuk bukti kukuh?)


Kejayaan:
GAMIS -Telah melahirkan generasi mahasiswa yang mampu membawa agenda Negara seperti Ust Zaharuddin (dalam bidang Perbankan Islam) disamping berjaya mengetengahkan isu kebajikan pelajar dan agama dikalangan mahasiswa seperti isu murtad dan Palestin. (BENAR)
- Tahun 1990, satu manifesto mahasiswa yang betajuk ‘Menyelamatkan Malaysia dengan mewujudkan keadilan, kebebasan dan kebenaran’ telah dikeluarkan secara berasingan semasa PRU. (BENAR)
-Mewujudkan suasana Islamik di kampus-kampus tempatan. (BENAR)
JAMIS
- Bertindak mempertahankan MPP UPM daripada tuduhan bersifat perkauman disamping memperjuangkan isu-isu kebajikan di kampus UPM shj. Selain itu, GMM juga turut di’mangsakan’ di dalam web blog rasminya. (SANGAT TIDAK ADIL, dan BERAT SEBELAH - Bak kata P.Ramlee; "Dinda tak sangka, kekanda berdua mempunyai hati yang sungguh...BUSUK!." Ada bukti dari pihak GAMIS dan KN yang dapat menunjukkan JAMIS UPM mempertahankan MPP UPM? GAMIS memang banyak berjasa, tapi mengapa jasa JAMIS sikit saja dinyatakan? Memang GAMIS dan KN tidak adil. Zalim. Sungguh zalim)

Establish:
GAMIS - Sejak 1984/85 (BENAR)
JAMIS - Diketahui pergerakannya secara aktif pada awal tahun 2006. (KURANG TEPAT - memandangkan anda tahu kami aktif pada awal tahun 2006, tetapi adakah anda tahu, bila kami tidak aktif? Anda belum lagi lahir ketika itu. Banyak lagi perkara yang anda perlu belajar, adik.)

Tokoh sekarang:
GAMIS - Presiden: Sdr Mohd Tarmizi Mohd Din (BENAR)
-Setiusaha Agung: Sdr Suzaimi Zakaria (BENAR)
(Setelah melalui Proses Pemilihan Tahunan)
JAMIS - Masih terdapat kekeliruan dan keraguan samaada pelajar@hanya balaci yang memimpinnya ataupun ianya hanya ilusi ‘tangan-tangan jijik’ yang berniat. (BENAR - masih terdapat kekeliruan, kerana JAMIS UPM masih menjadi subjek kerahsiaan mahasiswa UPM, seperti Gerakan Mahasiswa Maju, masih terdapat kekeliruan, tidak berorgansiasi, tidak berkepala) (AMAT MENYEDIHKAN - perkataan balaci yang digunapakai oleh KN amat memalukan, sungguh mengguris hati mahasiswa, arakian, marilah mahasiswa membenci GAMIS kerana kekotoran mulut mereka.)



Kemudian, datang satu lagi artikel yang sangat terang-terangan memfitnah JAMIS UPM.

GAMIS dan KN menyangka, artikel Shukri Salleh adalah dari JAMIS UPM. Walhal, tidak seorang di antara ahli JAMIS UPM yang mengenali Shukri Salleh. Beliau sendiri bukan ahli berdaftar atau berkaitan dengan JAMIS UPM.

Shukri Salleh dalam email kepada JAMIS UPM telah memohon maaf, dan buat saudara Shukri Salleh, kami sedia memaafkan anda.

MasyaAllah..... Ya Allah, hambaMu ini yang bernama GAMIS ini hilang pedoman Ya Allah....berikanlah taufik dan hidayah agar mereka tidak memimpin umat Muhammad ke jalan yang sesat.

Wallahua'lam.

Saturday, October 14, 2006

Mahasiswa jangan terkejut surau UPM ditutup, disekat.


Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara/i Mahasiswa Prihatin dalam Harakahdaily.net mengundang jari saya untuk menulis luahan hati saya ini.

Arakian, pada suatu zaman kegelapan UPM tatkala Islam gah menongkah kemakmurannya di UPM, sekitar penghujung tahun 1970an, mikrofon surau dirampas di Surau Kolej Pertama UPM (kini Kolej Mohd Rashid), kerana seorang pejuang Islam sejati melaungkan azan Subuh.


Rampasan tersebut dilakukan oleh felo wanita (yang kini sudah bersara dari jawatan Ahli Parlimen).

Kini. Sejarah terulang kembali.

Siapa peduli? Mahasiswa Islam di mana? Apa tindakan pegawai universiti yang beragama Islam?

Wednesday, October 04, 2006

Menteri Mentor Singapura 'main-main' dengan Pak Lah



Teringat satu ketika dahulu, sewaktu di bangku sekolah, kita mempelajari Sejarah Malaysia, yang mana terkandungnya peristiwa mengenai Singapura dibawa keluar oleh Lee Kuan Yew dari Malaysia.

Pemisahan ini adalah terancang. Lee bijak mengatur strategi kerana beliau amat berpandangan jauh (ketika itu). Penyisihan kaum dilakukan perlahan-lahan di Singapura, sehinggalah kini, kita lihat kaum Melayu di Sigapura tertindas secara sistematik, di bawah pimpinan Lee sendiri.

Kini, dengan beraninya, Lee telah 'menebuk lubang' pada sarang tebuan yang dia tidak sengaja tebuk. Keluarlah 'lebah-lebah' yang menyengat dirnya sendiri.

Malaysiakini yang dipelopori oleh parti pembangkang, juga telah menjejaki peranan Lee. Memperlagakan kaum, agama dan politik di tanah air sendiri.

Apakah yang dikejar oleh puak-puak ini? Tidak cukupkah dengan KEISTIMEWAAN YANG DIKURNIAKAN KEPADA MEREKA?

Bagi Presiden JAMIS UPM, adalah menjadi satu kekecewaan sekiranya keretakan yang berlaku ini tidak dibendung, dikhuatiri retak ini akan terbelah suatu masa nanti.

Friday, September 29, 2006

SMP jangan main isu kaum


Para mahasiswa,
Cubalah kita renung-renungkan kenyataan di bawah...

SMP hasut mahasiswa? Mengapa ya?
SMP menyatakan bahawa; "....ada orang cuba menuduh bahawa SMP tidak memegang janji, ini bertujuan supaya mahasiswa tidak lagi percaya kepada SMP..."
Wahai SMP, siapakah orang yang dimaksudkan itu? Adakah anda sengaja mereka-reka cerita?
Atau sekadar ingin menitip simpati dari mahasiswa agar anda dipercayai?
Cara anda memperoleh simpati itu adalah melalui ugutan? Ugutan agar mahasiswa percayakan anda? Ugutan kepada 'orang yang dimaksudkan itu'?
Walhal....... anda SMP @ GMM tidak disokong mahasiswa.
Percayalah. Ini fakta.



Poster terkini ; Kekalahan calon cina MPP, mengapa SMP takut?
Kerana; SMP memang sudah buat salah pada seluruh mahasiswa cina.
SMP (sebelum ini GMM) mengajak seluruh mahasiswa, supaya boikot pilihanraya.
Akibatnya, ramai pengikut GMM yang sememangnya ahli PBT, merekapercaya dengan kehendak GMM, dan hasilnya; Calon-calon MPP Cina banyak yang tewas.
Kini, GMM cuba mengeruhkan keadaan dengan menuduh bahawa kegagalan calon cina adalah disebabkan pihak universiti telah menukar jumlah undi pada pangkalan data.
Ini satu tuduhan berat. Biasanya, tuduhan berat seperti ini wajar disertakan bukti yang kukuh, dan bukan sekadar omong kosong, dan tong kosong.

Malang sekali bagi SMP, tuduhan berat dan tidak berasas ini diceritakan kepada mahasiswa.
Tak rasa malu ke?


SMP tak pandai putar belit isu pintu flat?
Malang bertimpa-timpa bagi SMP. SMP mendakwa MPPUPM berusaha untuk membuka pintu secara berkala, dan SMP berusaha untuk membuka pintu sepanjang hari.
Sepanjang hari bermakna pintu tak perlu tutup 24jam?
Sedarkah SMP bahawa pembukaan pintu flat tersebut dibuka semula secara berperingkat-peringkat? Kemudian ia akhirnya dibuka seperti biasa oleh pihak universiti?
Ia adalah hasil penat lelah ahli MPPUPM, mengapa ahli SMP mahu sibuk menumpang nama?
Tak rasa malu ke?


Apa silapnya poster SMP terbaru ini?
SMP menyatakan bahawa; "....hasil perjuangan bersama SMP dan para mahasiswa adalah PEMBUKAAN PINTU SEPANJANG HARI...."
Menunjukkan bahawa, memang SAH dan BENARLAH bahawa SMP ini adalah kesinabungan hasil produk gagal dari GMM!


Mengapa SMP tukar nama?
Kerana; Nama GMM tidak lagi harum. Sudahlah busuk dibongkar rahsianya di dada akhbar mahasiswa, laman web dan poster-poster, kini mahu guna nama SMP.

p/s; Mudahnya GMM nak cari publisiti, guna nama SMP-Sistem Maklumat Pelajar.

Friday, September 15, 2006

JAMIS UPM kesal tindakan SMM, cadang ketatkan AUKU.


Tindakan SMM melalui konconya, DEMA dalam membantah AUKU di hadapan PWTC 15 Sept. 2006 adalah sesuatu yang memalukan.

Bagaimana jika sebuah rumah, ada ayah dan ibu, tetapi anak-anak sangat nakal memijak 'perlembagaan' rumah tersebut. Inilah Simon Ooi dan rakan-rakan.

JAMIS UPM menggesa pihak KPT agar AUKU diperketatkan lagi. Kelonggaran AUKU sekarang telah memberi keselesaan kepada SMM. AUKU mesti diketatkan lagi, dan seterusnya dikuatkuasakan sepenuhnya.

 

Laman Web - JAMIS UPM dibangunkan oleh

Editor JAMIS UPM. <editor_jamisupm@yahoo.com.my>

Laman Web - Mahasiswa-UPM dibangunkan oleh

Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) <mahasiswaupm@yahoo.com>