New Page 1

 

 


Selamat datang ke laman web JAMIS UPM
Laman yang membongkar rahsia dunia mahasiswa

          Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM > Laman Presiden

 

 

Thursday, August 31, 2006

Presiden JAMIS UPM; Mahasiswa UPM berasa terancam, masalah keselamatan longgar, pihak berkuasa UPM gagal berperanan.


Situasi diatas menggambarkan pihak keselamatan UPM memberi amaran kepada pelajar tentang pemakaian kad matrik di dalam kampus, tetapi persoalannya kenapa orang luar mudah menyusup masuk ke dalam kampus dan mewujudkan masalah seperti ragut dan kecurian motor.

Bagi JAMIS UPM, kegagalan pihak keselamatan berperanan sebagai pembela kebajikan dan keselamatan pelajar UPM adalah sesuatu yang amat dikesali. Pihak keselamatan harus lebih peka terhadap masalah yang berlaku di dalam kampus, bukan sahaja menekankan mengenai pemakaian kad matrik.

JAMIS UPM juga kesal dengan pencerobohan Gerakan Mahasiwa Maju (GMM) yang seringkali dengan mudahnya menyusup masuk dan bertindak mengadakan aktiviti mereka di dalam kampus.

Walaupun pengarah baharu Bahagian Keselamatan telah dirombak oleh pihak universiti, namun ia masih memaparkan kegagalan pihak keselamatan dalam berfungsi untuk menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswa. Pengarah baharu ini hanya mengikut telunjuk arahan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEM) dan bukannya bertindak atas tiket keselamatan pelajar.

 

Laman Web - JAMIS UPM dibangunkan oleh

Editor JAMIS UPM. <editor_jamisupm@yahoo.com.my>

Laman Web - Mahasiswa-UPM dibangunkan oleh

Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) <mahasiswaupm@yahoo.com>