Skop PRK UPM; GMM pakar pencetus kekecohan, pemusnah idealisme mahasiswa.
Assalamualaikum,
Saya memberi salam tulus ikhlas kepada saf pimpinan baru di dalam pertubuhan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Moga-moga dengan adanya angin perubahan yang baru ini, GAMIS lebih cemerlang dalam membimbing saudara Islam di kampus seluruh negara.
Mahasiswa merupakan pemangkin kepada tonggak negara. Tanpa mahasiswa, tidak lengkaplah kemajuan negara dari segi intelektual, fizikal dan spiritual. Ia mencerminkan kepada maruah bangsa yang memberi gambaran bagaimana terbinanya sesebuah tamadun.
Namun begitu, perlaksanaan ke arah tujuan itu sedikit terjejas, ekoran wujudnya fahaman komunisme di kalangan ahli Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) yang bertapak di UPM. Saya amat kagum bagaimana GMM boleh membela kebajikan saudara sekaum mereka, tetapi mereka gagal untuk membela kebajikan kaum-kaum yang lain. Penyertaan ahli GMM pula terhad untuk kaum berbangsa Cina sahaja.
Difahamkan, GMM tidak berketua, tidak berorgansiasi. Yang wujud, cuma terdapat 4 orang Penyelaras yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan mengenai pergerakan mereka.
Pilihanraya kampus yang semakin menghampiri waktunya, akan melihat bagaimana GMM sekali lagi akan mencetuskan semula kekecohan yang pernah berlaku sebelum ini. JAMIS UPM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli GMM yang tidak matang dan tidak profesional dalam mengendalikan isu-isu mereka yang boleh menggugat keharmonian kampus UPM.
Saya berharap semoga kedatangan pilihanraya kampus ini, GMM tidak memalukan diri sendiri dengan tindakan yang tidak beretika. Hentikan segala cacian terhadap pemimpin universiti. Buktikan segala tuduhan liar yang anda sebarkan melalui poster, jangan bercakap kosong semata. Jadilah mahasiswa yang bermaruah.

<< Kembali ke Laman Presiden