New Page 1

 

 


Selamat datang ke laman web JAMIS UPM
Laman yang membongkar rahsia dunia mahasiswa

          Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM > Laman Presiden

 

 

Friday, January 05, 2007

Perutusan Presiden JAMIS UPM

Musyawarah merupakan satu mekanisme yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dalam mengambil sesuatu keputusan berkenaan hal-hal bersangkutan kepentingan bersama umat Islam pada masa itu. Musyawarah adalah penting bagi mengukur sejauh mana anggota masyarakat dilibatkan di dalam urusan kenegaraan. Rasulullah s.a.w. telah membudayakan amalan bermusyawarah ini bersama-sama para sahabat.

Contohnya ketika menjelang pertempuran Badar, Rasulullah s.a.w. telah memutuskan lokasi bagi pasukan Islam iaitu suatu tempat berdekatan mata air. Kemudian datang seorang Ansar bernama Hubab bin Mudhir mengadap baginda s.a.w. sendiri lalu bertanya tentang keputusan baginda s.a.w. itu sama ada keputusan tersebut atas petunjuk Allah yang tidak dapat diubah lagi atau keputusan baginda s.a.w. sendiri yang diambil dari pemikiran strategi perang biasa. Nabi s.a.w. menjawab bahawa keputusan itu adalah semata-mata perhitungan peribadi baginda s.a.w. dan tidak atas petunjuk Allah S.W.T. “ Kalau demikian halnya,” kata Hubab, “ Wahai Rasulullah, tempat ini kurang tapat.

Sebaik-baiknya kita maju sedikit ke mata air yang paling depan. Kita bawa bekas untuk mengisi air, kemudian kita tutup mata air itu dengan pasir. Sekiranya kita terpaksa berundur, kita masih dapat minum, sedangkan musuh tidak”. Nabi s.a.w. menerima baik saranan hubab itu lalu pasukan Islam berpindah ke lokasi yang dicadangkan oleh Hubab.

Mencanangkan kemajuan ummah bermula dari perancangan. Kemudian susulan tindakan secara bersama perlu dipikul oleh semua pihak yang terlibat dalam jemaah. Aspek pemantauan dan penerusan kegemilangan merupakan perkara akhir yang amat penting untuk kelestarian.

Memandangkan jemaah di dalam mana-mana pertubuhan di UPM ini bersangkut paut kepada sistem demokrasi, musyawarah tidak harus diketepikan dari amalan kepimpinan. Melihat kembali kepada generasi pemimpin mahasiswa terdahulu, mereka amat mementingkan kesepakatan dan bukannya dengan egoism. Maka, perlunya pemimpin-pemimpin mahasiswa kini, me’muhasabah’kan diri dan mencari apakah yang perlu disumbangkan, bukanlah mencari apakah kepentingan peribadi yang akan diperolehi.

Berundur bukan beerti kalah. Ada ketikanya, mahasiswa perlu mengorak langkah sedikit ke belakang, kerana jurang yang lebar, memerlukan kita berundur sedikit ke belakang, lalu mengambil janaan tenaga yang kuat untuk melompat lebih jauh ke hadapan.

Saya selaku Presiden JAMIS UPM bagi Sesi 2006-2007 ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa UPM khususnya, jika ada kesilapan yang tidak disengajakan dari pihak kami, dan segala aspek yang dapat meningkatkan kebajikan mahasiswa, perlulah dihargai sepenuhnya.

Saya menyeru agar kepimpinan JAMIS UPM selepas ini akan mendapat sokongan yang padu dari semua mahasiswa UPM dan semoga kepimpinan mendatang dapat membina ukhwah yang murni melalui semangat musyawarah, agar misi kebajikan mahasiswa UPM terurus dan terbela.


Wassalam.
6 Januari 2007.

 

Laman Web - JAMIS UPM dibangunkan oleh

Editor JAMIS UPM. <editor_jamisupm@yahoo.com.my>

Laman Web - Mahasiswa-UPM dibangunkan oleh

Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) <mahasiswaupm@yahoo.com>